Wednesday, November 11, 2015

DRAMA MELAYU??

OK.. 
harini aku rse mcm nak cerita pasal drama2 and filem2 melayu yang aku sukeeeee sgt dulu..
byak tau sebenanye  drama yang aku suke tengok..

mse aku kecik dulu, 
zaman2 UPSR (2007) aku suke tengok sinetron Bawang Putih Bawang Merah kat tv3..wlaupon cite tu panjang and mengarut banyakk... aku balik sekolah mesti x miss punyela..haha.. 
and yang paling aku ingat scene yang bapak die dah mati katenye... 
lepas tu hidup balik!! lpas tu siap ade kembar pulak... and diorang berdua bergaduh dpan bwang putih nak mengaku diorang tu bapak bawang putih.. yang tula yang paling aku ingt.. sebab memang merepek! 
pelakon die, Nia Ramadhani, Revalina S. Temat, and Dimaz Andrean..
bukan aku hardcore sgt smpai ingt nme pelakon die.. aku Google~ 
yehett~ 

lpas tu mse zaman PMR (2010) i'm not into Kpop yet.. but i remember that i totally hooked up into watching sinetron Tawakal kat astro Aruna~ dulu adela astro aruna.. sekarang xde da~ hihi.. die cerita pasal hmm.. biasela sinetron.. dirang kawin atas dasar cinta then mak bapak tak suke, buat fitnah kat isterinya, then kene halau dari rumah, bla, bla, bla.....
tapi sme mcm UPSR dulu, aku klau boleh xnak miss, mesti nak tengok..hoho..

then, zaman2 SPM (2012)... hahaha.. well, Kpop la yang aku suke tengok... xabis-abis ngan Kpop.. mse tu aku suke tengok Mblaq pnye variety show~

tula mse exam2 penting adeeee je yang aku tengok and taknak lepas.. belaja pun ala kadar je..hahah.. 

Selain drpd tu, aku suke tgok drama Melayu jugak.. mse tu mmg aku rse cite2 best sgt~ hahha..

Antaranya ialah ;

DRAMA :

[2007] Manjalara (Jehan Miskin & Emelda Rosmila)
[2007] Emil Emilda (Aaron Aziz & Sharifah Amani)
[2008] Sindarela (Remy Ishak & Sharifah Amani)
[2009] Cinta Balqis (Zamarul Hisham & Eira Syazira)
[2009] Julia Juli (Misha Omar & Dynaz Mokhtar & Sayiddah)
[2010] Tari Tirana (Ammar Alfian & Wan Sharmila)
[2010] AdaMaya (Sein Ruffedge & Lisa Surihani)
[2010] Chinta (Adi Putra & Fasha Sandha)

TELEMOVIE/FILEM :

[1981Bukit Kepong
[2002] Mami Jarum
[2003] Mami Jarum Junior
[2004] Pontianak Harum Sundal Malam
[2005] Anak Mami Kembali
[2005] Sutun
[2008] Duyung
[?] Aisah Lima Pulu Sen

and so on la.. tu je yang aku ingt.. yg aku senaraikan ni yang lme2.. bukan yang latest..
yang latest pun aku suke tengok.. hang p cari sendiri la..

EXTRA :
Aku rse nak tengok tau drama Tuan Anas Mikael.. Tapi yela baru dua episode..
Menyesal aku tgok drama adaptasi Kau, Aku Kita.. sebab org jenis aku ni bile nak tgok, aku kene tngok smpai habis.. masalahnye drama tu skrang baru smpai episode 4.. and malam ni, episode 5.. aku taknak tunggu2.. stresssss!! 
hahhaha..

mcm drama Love You Mr. Arrogant.. beberapa hari lepas baru aku tgok.. sedangkan cerita tu dari taun lepas lagi habis.. hehhehe.. 
then baru teruja nak cite pasal drama tu kat member..
weyh der, dah basi der.. 

So, Tuan Anas Mikael tu... nanti2 la aku tgok..hihi..

Drama Kau, Aku Kita bagi aku best.. xtau la bgi org lain..
and setiap episode trending kat twitter..
dulu aku fikir boleh ke novel tu diadaptasi ke drama, sebab novel tu best tapi biase2 je..
xde konflik sgt.. tpi bile tengok drama ni, hmm..
bgus sbb diorang xde skinship yang banyak sedangkan dalam novel memang.....
huhu..nak tau? baca sendiri..haha..
and drama ni die bawak haluan tersendiri tapi still ikut jalan cerita novel..
yela, xboleh la ikut sbijik2 macam drama Dia..Isteri Luar Biasa ...yg tu mmg ikut betul novel..
tu yang skinship terlebih-lebih..mmg romantik tapi xsesuai la klau bdak2 tgok..Aku pun bleh tahan suke jgak tgok drama tu~ kihkihkih..

tu je, caw..

BONUS :

Sape pena tgok kartun Mirmo Zibang? aku pena jugak tengok.. tapi tak ingt bile..
tpi ble tgok teringt la jugak.. Mirumo de Pon!
kihkih..
nah aku bagi recall sikit.. tu pun klau hang pena tengok la ek..


ni lagi satu.. all time favourite.. Doraemon!
lagu versi melayu ke indonesia..xpe..same je..kita serumpun~


LIRIK :

Bulatan, titik
Bulatan, titik
Belon kecil bertali dan 
BULATAN BESAAAAARRRR~
Bulatan besar.
Enam kiri kanan
Sifar di tengah

Tarik kiriiiiiii~
Tarik kanaaaaan~
Turun ke bawah
Dua piring dilukis biar seragam
Piring besar ditengah ada roti pita
Pita yang lebih besar ada di atas
Tambah garis jadilah
DORAEMON~~~~

Aku suke jugak lagi satu kartun tu... mcm ni bunyi lagu die.. ehm ehm..

Who lives in a pineapple under the sea??.....














Tuesday, November 10, 2015

HI..

Lame xupdate blog..
and aku pun xtau nak update ape..
and bile mood nak update smpai, aku update la ek..

-AMYMIENOTT-

Sunday, September 13, 2015

Kisah Mat Rempit Mati Hidup Semula...SUBHANALLAH!

Assalamualaikum....


Baru-baru ni saya ada membeli Majalah Mastika keluaran yang terbaru 2013....Saya sangat-sangat tergerak hati untuk berkongsi Kisah yang bertajuk "Azab Seksaan Kubur Untuk Mat Rempit"....Nak taip sebiji-biji memang panjang...Jadi, saya kongsikan Sinopsis nya sahaja ye....


Saya maklum, pasti ramai yang dah tau tentang Kisah Benar ni, saya je kut yang baru terbaca cerita penuhnya dalam Majalah Mastika yang saya beli baru-baru ni....


Insan Terpilih tersebut bernama Dawawi dari Perak yang ceritanya berlaku sekitar tahun 80-an dahulu...Diringkaskan cerita, Dawawi telah ditakdirkan Allah dengan pengesahan Hospital bahawa beliau telah meninggal dunia dengan asbab merempit....


Setelah dikebumikan selama 3 hari di dalam Kubur, setiap malam dalam 3 hari itu....Ibunya telah bermimpi anaknya Dawawi masih hidup dan merayu kepada Ibunya untuk digali semula kuburnya....Mungkin malam yang pertama bermimpi, Ibunya menganggap bahawa ia sekadar mainan tidur....


Setelah Tiga hari berturut-turut bermimpi yang sama, Ibunya menangis dan berkeras meminta Abg Arwah supaya mendapatkan Surat Perintah daripada Pihak Berkuasa untuk digali semula Kubur anaknya itu....Setelah segala urusan surat menyurat selesai dan setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa, maka tibalah hari yang penuh mendebarkan kepada seluruh orang kampung bagi menyaksikan urusan penggalian semula kubur"Arwah Dawawi"....


Semua yang berkenaan telah bersiap sedia di tepian kubur yang hendak digali, kiri kanan penuh dengan Polis, Doktor dan sebagainya....


Setelah penggalian bermula, tanah mula disodok sedikit demi sedikit....Dengan penuh mencemaskan....Masya-Allah....Astaghfirullah!...Sesungguhnya apa yang dijanji oleh Allah adalah benar....!


Mayat baru sahaja 3 hari, tetapi kain kapan yang membalut jenazah telah koyak rabak seperti dicarik-carik serta tubuh Dawawi dipenuhi kesan luka torehan...Luka bergarisan memanjang. bagai kesan dilibas sesuatu yang amat tajam dan lukanya dalam hingga nampak daging, namun tidak berdarah....


Dalam keadaan yang amat cemas tu....ada suara yang mengatakan Dawawi masih hidup lagi!....Itulah suara Doktor yang telah bersiap sedia di tepian kubur bagi menanti sebarang kemungkinan.....


Tanpa berlengah, Dawawi di bawa ke Hospital, 6 bulan Dawawi koma...Sebaik sedar, air matanya terus berjuraian....Matanya sentiasa berkaca......Rakan baik nya yang bernama Mus yang masih terkejut Dawawi yang "Hidup Semula" bertambah bimbang dengan kelakuan Dawawi yang banyak berdiam diri selepas kejadian tersebut.....Bagi Mus, Dawawi bertambah pelik kerana dia banyak termenung dan menangis serta selalu mendekatkan diri untuk belajar agama...(Sebelum ni merempit sahaja)..Dawawi yang dulunya jahat sudah bertukar menjadi baik....


Setelah setahun berlalu, Dawawi bersedia untuk bercerita tentang segala apa yang telah berlaku ke atas dirinya....Mus adalah antara salah seorang yang mendengar cerita Dawawi...


"Jika korang rasa apa yang aku telah rasa sewaktu 'di sana' dulu, sungguh korang takkan melakukan perkara yang mendatangkan dosa dalam hidup!"....Dawawi memulakan ceritanya....


Sewaktu Imam habis membaca Talkin di kuburnya dan  semua telah beredar meninggalkan kubur....Dawawi mengatakan bunyi tapak kaki kamu semua yang meniggalkan kuburnya berdentum dan bergema sangat kuat sebanyak 7 kali bagaikan halilintar yang membelah bumi....Waktu tu Dawawi menutup kedua-dua belah telinganya....


Setelah bunyi tersebut menyepi...Bunyi Sretttttttttt!........Sretttttttttt!...Seakan rantai besi yang diseret di atas lantai bergema...Dirinya betul-betul ketakutan waktu tu....Tiba-tiba dari hadapannya, 2 orang lelaki yang memakai serban dan berjubah putih, dengan membawa rantai besi sebesar lengan, besi itu sangat panjang sehinggakan penghujungnya tidak kelihatan...! Subhanallah....(Sayu hati saya membaca kisahnya)....


Dengan semua soalan yang telah "Bocor"sewaktu hidup di dunia ditanya kepada Dawawi, "MA RABBUKA!", "MA NABIYYUKA!", "MA DINNIKA", "MA KIBLATUKA!", "MA IMMAMUKA!", "MA IKHWANUKA!"....Dawawi mengatakan tiada 1 pun soalan yang boleh dijawab olehnya....Beliau faham dengan soalan tersebut walaupun beliau tidak pernah tahu bahasa arab!.....


Dawawi dilibas dengan rantai besi tersebut sehinggalah apabila libasan berlaku, rantai besi tersebut terus melilit seluruh anggotanya...Subhanallah..!


Beliau menjerit dan berkata : "Tolong aku Ya Allah, Aku bertaubat! Ampunkanlah dosa aku!.... Hanya itu sahaja ratapannya waktu tu....Sehabis sahaja soalan tu, beliau tersedar bahawa beliau telah hanyut di dalam sungai...Dalam keadaan tidak bermaya, sekali lagi beliau mendengar bunyi seretan rantai besi sebesar lengan yang telah melibasnya sebentar tadi....


Hamba Allah yang berjubah tadi....Bertanya lagi : "MA RABBUKA!"....Masih tidak boleh dijawap oleh Dawawi, maka dilibasnya lagi besi tersebut ke tubuh Dawawi...Setelah libasan tersebut, pandangannya gelap gelita, apabila sedar Dawawi mengatakan bahawa beliau telah terlantar di wad Hospital.....Subhanallah...!


Mus dan rakannya yang mendengar segala kisah Dawawi turut sama menangis bersama Dawawi....


Allah memberi peluang untuk Dawawi "Hidup Semula" sebagai peringatan dan tanda kesayangan Allah kepada Dawawi dan keseluruh Hamba-hambaNya termasuk lah kita....


Dawawi hanya "Hidup Semula" selama 3 Tahun, dalam waktu tu beliau tidak pernah mensia-siakan atau membiarkan harinya terbuang tanpa diisi dengan amal ibadah.....Katanya : "Aku takut jika aku mati lagi, amal ibadahku tidak cukup untuk membantu aku di sana...." Subhanallah!


Dawawi "Kembali Semula" pada Allah dalam tidur selepas menunaikan solat malam ketika menunggu tiba waktu Subuh...Umurnya ketika"Meninggal Dunia" kali pertama adalah 19 Tahun, dan kali keduanya "Meninggal Dunia" 3 Tahun selepas itu....


Cerita ini teramat memberi kesan kepada saya dek kerana mengenangkan umur yang Allah Taala beri ketika ini tidak banyak saya rasa digunakan untuk menuju ke jalan Allah....Lepas solat akan terngiang-ngiangla cerita seksaan Dawawi ini di pandangan hati saya.....


Marilah bermuhasabah diri dan semak semula amalan kita untuk dibawa menghadap pada Allah ketika nyawa dicabut nanti....Allah tak pilih kita untuk merasai pengalaman yang dirasai Arwah Dawawi, tapi Allah pilih kita untuk tahu dan mengambil iktibar tentang Kisah Arwah Dawawi....


Moga-moga menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua serta dapat bertemu dengan Allah di Akhirat nanti dengan amal yang berkualiti....In Shaa Allah...

#copyandpaste


Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar? "
Jawab anaknya, "Macamana masuk neraka kena bayar?"
Jawab bapanya,
✅ Bukankah nak berjudi kena bayar?
✅ Bukankah nak minum arak kena bayar?
✅ Bukankah nak merokok kena bayar?
✅ Bukankah masuk pub kena bayar?
✅ Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?
Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma.  Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.
✅ Jika nak solat, kita tak perlu bayar
✅ Jika nak puasa, kita tak perlu bayar
✅ Jika beristighfar, kita tak perlu bayar
✅ Jika berzikir, kita tak perlu bayar
Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma.
〰〰〰〰〰〰
Wahai saudaraku!  Menyebarkan mesej ini juga percuma....  Tetapi jika ada yang mengamalkannya, kita pasti diganjari pahala berganda...
#dakwah sentap

Friday, August 28, 2015


Hukum Penggunaan Rokok Elektronik / Vapor
Alhamdulillah, dalam Irsyad Fatwa pada kali ini, kami seupaya mungkin cuba menekuni isu yang berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik dan vapor atau vape yang sekarang ini begitu berleluasa digunakan termasuk kalangan remaja perempuan dengan pelbagai alasan. Antara alasan paling popular adalah sebagai pengganti kepada rokok sebenar untuk ditinggalkan dan berhenti secara perlahan-lahan atau tadarruj. Alasan seperti ini seolah-olah menghalalkan cara dan penggunaan rokok elektronik dengan berleluasa. Justeru, Irsyad Fatwa pada kali ini merasa terpanggil untuk membincangkan isu dan hukum berkaitan dengan rokok elektronik ini.
Definisi Rokok Elektrik
Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masakini, rokok elektrik juga dikenali sebagai vape atau vapor.
Pendapat Pakar
Dinyatakan di sini beberapa pendapat pakar berkenaan dengan penggunaan rokok elektronik, antaranya :
  • Jumlah nicotine yang dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan tertulis dalam labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6–8 mg dalam setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16–18 mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi). Namun harus diketahui bahawa jika semua 60 mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional.
  • Saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal US Food and Drug Administration (USFDA) telah menguji 19 jenis e-rokok yang telah dikeluarkan oleh dua pengeluar (NJoy dan Smoking Everywhere). Mereka mendapati terdapat bahan ‘tobacco-specific nitrosamines’ (TSNAs), yang boleh menyebabkan kanser dalam kedua-dua jenama e-rokok itu. Malah kepekatan nikotin yang terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan nilai yang ditulis pada label. Terdapat sedikit nicotine dalam e-rokok yang dikatakan “nicotine-free”.
  • Pada September 2008, World Health Organization telah mengeluarkan kenyataan: “tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian nicotine. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian yang mendalam untuk menyokong dakwaan mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok” 
Hukum
Berdasarkan daripada kenyataan di atas dan juga nas yang dinyatakan maka kami berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah haram. Ini kerana seperti yang kami‘illahkan atau nyatakan sebab terhadap hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik ini bahkan kami nyatakan sekali lagi beberapa alasan antaranya:
  • Qiyas kepada rokok sebenar
  • Kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan berautoriti.
  • Pembaziran
  • Meniru budaya yang bukan Islam
  • Dilihat tidak bermaruah
Terdapatnya fatwa ulama’ yang menyokong tentang pengharaman rokok elektronik ini. Justeru, kami berpendapat seperti itu juga dengan alasan yang diberikan di atas. Untuk ulasan pengharaman, sila rujuk Bayan Linnas Siri-18.
Fatwa Ulama’
Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa. Justeru, hukumnya adalah haram.
Penutup
Dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong penghisap rokok berhenti daripada merokok. Justeru, ia menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan tobacco dan nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh memabukkan dan memberi mudarat kepada kesihatan manusia. Kami sepertimana isu merokok juga menyeru kepada khalayak umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau vapor berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas. Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah dan berikan kepada kita kesihatan yang baik. Amin.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

*i got this by email from 'Badan Ugama dan Kebajikan Mara'... :]

Friday, July 24, 2015

AiDiLFiTrI 2015~ <3

(mohon memahami..aku memang suke membebel..hoho)

Rumah mek..
Mek yg pkai tudung pink duk atas kerusi..
comel kan? hehe..
ayah duk atas kerusi juga and pkai spek mata hitam.. DALAM RUMAH.. 
hehe..
ade Cik Ani, Mak Su, Pak Su, Cik Na, Mek, Pokjak, Ibu, Ayah, Aku, Kakak, Ainzati, Ikah, mekming (budak ni aku xsure nme sebena die ape..hihi), Alya, Aqashah, Ashraf, Adam, baby, Tasya, Atiq, Akil..
and lastly, Mak Ude yg amik gamba..

Kitorang bertolak balik Kelantan hari Rabu malam..lebih kurang pukul 10 lebih (malam).. sampai rumah mek pun pukul 10 lebih (pagi)... so, perjalanan lebih kurang 12 jam..

 KESIMPULAN RAYA.. 
 Raya pertama ngan raya kedua makan laksa kelantan~ sedaap..
turun ke dapur terbeliak tengok segunung laksa kat atas meja..hoho.. xde gamba la..aku bukan kehulu kehilir bawak henpon ye dok? henpon pun pantang nampak, mesti disambar budak2 nak maen game punye pasal..huhu.. sampai habis bateri..
sampai maghrib raye pertama baru aku dpat tengok whatsapp, org wish hari raye sume..

takde OOTD la raye pertama..xterfikir nak ambik gamba sekeping dua~ :)
ckap pasal baju, pagi2 raya nak gosok baju, tangan kene seterika..biasela, sakit.. tambah parut kat tangan..
Kakak boleh tanya sesuatu yang bijak, "kenape kau letak tangan kat situ?"
ye, memang aku saje je letak... bosan..

Mcm tu la, raye kitorang simple je..xde meriah2 pun..biase2 je.. Gi rumah mak su Limah..
sebelum smpai rumah tu, nmpak pulak org naik motor kene langgar lari..nmpak seh tangan die terkoyak..
sampai, makan sate~ ade nasi impit, rendang, xsure kari ke rendang ayam kampung..ayam kampung la unik sikit..aku makan segigit je, pastu hmm..
malam tuh, budak2 main mercun...
Raye kedua xde buat ape sngat..duk dpan tv~ tengok org datang dan pergi~ 

malam tu, barbeque.. sekumpulan buat barbeque, sekumpulan lagi buat nasi kerabu kat dapur..Pakcik Isa dtang jugak..
lagi2 meriah kalau pakcik Isa datang..hahaha..pagi tu boleh pulak buat lawak..die tanye belaja kat mane, aku kate baitulmal..katenye dulu tak panggil baitulmal, org panggil, 'batu jemala patik'.. hahaha..masalahnye org sume muke serius nak tau..rupa-rupanya..dia berguraau..hahaha..

(huhu..kalau ade gambar kan best sikit nak cerita..raya taun lain pulak naa..)

RAYA KETIGA pergi Pantai Irama, Bachok..
aku ade rekod video sikit untuk sight wechat.. ande xde la menarik sangt.. 
wlaupun xbawak baju, tetap masuuk air.. mandiii.. bile difikirkan, dah lame seh xmandi laut..haha.. 
RAYA KEEMPAT.. gi 'teme' ngan mek.. cara sebut die, kelantankan perkataan 'teman'.. 
atau name lainnye, RTC.. klau kat Damai, UTC.. hah, ni kelantan punye.. 
macam biase, klau balik kelantan mesti aku nak cari etok..aku ni HANTU etok..
otw ke pantai timur, jumpe kat tepi jalan..org jual etok..berderet kot khemah2 kecik jual etok~ berbunge-bunge la ati ite~
dapat yg warm and memang sedap! yg ni well done..saiz sederhana..klau tak, yang lain besa kecik je aku tengok..hihi.. 
harga RM6 secupak..mek tawar menawar, suh bagi RM5.. so then encik tu bagi se'kopi' (dalam surat khabar bentuk kon) etok lagi~ yesh!! hahah..
mangkuk isi etok tu pun dah arwah dah..serba salah nak cakap kat mek.. 
mase borak2 ngan mek, nampak mood ok, aku bgtau mek yg mangkuk tu pecah..
mek kate 'dah sampai masa dia..biarlah..' mek cakap dlm base kelantan laa..hehe..
ayah pun kengkadang macam mek jugak..bende dah jadi.. buat ape nak bising2 lagi kan? hmm.. 

yg ni aku xtau la nmpak ke idok, seriously, aku tak pena nampak cup sebesa ni..besa die dua kali ganda drpada cup biasa! RM 4..
aku beli jus buah naga campur susu..rase die.. ok.. lain macam.. mungkin aku prefer jus buah naga tu saje..ni beli kat teme..

RAYA kelima..
xde buat ape sgt..borak2 je..lepak2..ngan budak2..
malam tuh balik..dlm kul 11 lebih bertolak..another journey to home.. mase nak balik punye ramai org yg mengiringi nya.. meriah betul..hahah.. yela Ayah Ngah legend dah nak balik kan..haha.. kroni2 nye ialah, budak..anak2 Cik Ani, Cik Na, Pak Ude Yi..
diorang pun dah besar2.. xde yg baby2.. yg paling besar sekolah menengah, yang paling kecik tadika ke darjah satu.. boleh la dicontrol sikit... :) 
sedih jugak...sebab ite dah tue.. ㅠ.ㅠ 
balik2 smpai pukul 7.. awal pulak smpai..lbih kurang 8 jam lebih..

ini kubur Tok Ayah.. sebelah masjid..
Allahyarham Wan Abdul Rashid bin Wan Daud..
Tok Ayah meninggal hari Jumaat, bulan Ramadhan..lebih kurang pukul 4 pagi..  mase tu aku form 1..
tahun 2008.. 
Tok Ayah dikebumikan lepas zohor..
aku dapat cium dahi Tok Ayah.. sejuk je.. and wangi.. 
lepas tu, aku selsema, mungkin terkejut..sebab aku xpernah tengok or cium org yang dah takde.. menggigil tangan aku bila nak cium dahi tok ayah..
kenangan tu segar lagi dalam fikiran..
iring tok ayah ke kubur, tengok die dimasukkan dalam liang lahad..aku tengok je semua..aku blank..sebab semuanya tiba2..
beberapa hari sebelum Tok Ayah meninggal.. kitorang dengar macam2.. org ketuk pintu..macam2 lagi..mungkin petanda tok ayah akan 'dijemput'....
Al-Fatihah..

RAYA KEENAM..
smpai rumah, tido sekejap..
bangun2 demam pulak..
lpas zohor bertolak balik kampung nenek kurus~~ kat Beranang~~ 
balik rumah nenek kurus, same je best die..
yg lain nye, mungkin lepas balik kampung yg meriah bak haaang, balik pulak kampung yang peaceful sikit..
hirup udara segar, tenang je~ 
memang mengcompletekan raya aku taun ni~~ persamaan nye ialah, umah mek makan durian, umah nenek pun ade durian jugak! wow! sebelum ni punye nak mencari durian sebab rindu nak makan..
sekarang ni, durian sane sini..
hambik, puas2 la kau makan..DURIAN RUNTUH la katekan..
duk umah nenek kurus best jugak,
duk sekejap, rase nak makan, tak tau la org laen..aku nak makaaaaan je..hahaha..kenyang seh~

Duit raye? hmm.. Alhamdulillah~~ :)


BTW..
Who next?
whutt.. 7 at the back and 3 at the front..
Looks like those both group are going to Thailand and perform at the same event..
for a people like me, isn't of obvious enough?? LOL.. YitYun brothers are going together! 
내 사랑! ㅋㅋ ㅋ 선배 와 후배~ 
Mblaq and Madtown!
87 line, 91 line, 92 line, 94 line, 95 line..
COMPLETE! ㅋㅋㅋㅋ
엠블랙 와 매드타운 오빠들...
말레이시아 와주세요.. 보고싶다.. 


Friday, May 15, 2015

Result !


Alhamdulillah..
aku puas hati dengan result yang aku dapat sem ni..
bukanla terbaik sangat..tapi lebih baik dari jangkaan aku..huhu

aku nak cerita pasal..
Calculus 2..MAT233..


Aku dapat B.. Alhamdulillah..
banyak kot kenangan pahit manis belajar Calculus 2.. subjek yang aku rasa...
CUKUP SUSAH!
mood naik, turun.. markah quiz & test naik, turun..
Seronok sangat2 belajar dengan Madam Maheran..best2! 
Madam Maheran sporting..bile Madam ajar mesti ade yg kelakar, kejutan, keluhan, dan macam2 lagi..

Pada suatu hari..
Kelas calculus 2.. ade kuiz haritu..aku xcukup tido sebab nak belaja untuk quiz..tapi yang ajaibnye..
yg aku 'try' nak belaja tuh tak masuk otakk..

besok paginye nak amik quiz, otak kosong sehh..
aku jawab tapi mengarut semua..time tuh aku dah nak breakdown dah..
habis je quiz, belaja pulak bende baru...susah pulak tu!! otak aku dah xfunction dah..

Madam bagi satu demi satu soalan..
and satu demi satu soalan aku xdapat jawab..stress pon bertambah..

lepas tuh! hujan! 
sebabkan aku stress gile..
otak dah xboleh masuk pape..
aku xdpat nk selesaikan pape..
manangis la aku time tu..and bukan sikit2 ye..aku menangis sepuas-puas hati aku..

tapi disebabkan aku nangis dalam kelas..
malu pulak rasenye.. nasib baik sikit je org dlam klas aku..klau x..
dah masuk youtube agaknye..
haha.. (sorry kalau gurauan aku terlampau..hihi)

yang kelakanye..sume orang bajet mcm xnak pandang aku bile aku nangis..buat macam sibuk2 kan diri.. sedangkan tengah curi2 pandang..haha..
yela kalau aku pun, aku akan buat bnde yang sama..curi-curi tengok..prasaan ingin tau tu wajib ade..haha..

lepas tuh! Fana buat lawak..
die menggeliat tapi madam ingat die angkat tangan nak tanya...
hahaha..itu pon jadi memori kelakar untk Madam yang Madam akan ingat sampai bile2.. hahaha..
punye la Madam susah payah datang depan die, siap duduk dah semua..die kate die menggeliat je..hahaa..

Stress sume hilang..
Menangis memang boleh hilangkan stress..
tapi aku prefer nangis sorang2..
orang xtau.. 
klau nangis dpan org kan malu klau org tengok..hmm..
tpi org boleh comfort kita..
depends on situation lah..

tapi point die sekarang..
wlaupun aku xreti buat mcm2..( + malas..)
knape lecturer sume selalu xputus asa ajar org mcm aku ni..
sebab itu kerja diorang? 

aku xrase mcm tuh..
lecturer / cikgu ni macam mak ngan ayah kite..
marah2 bile kite buat salah..tapi xpernah putus asa ngan kita..diorang tau kita boleh buat..klau kita xdapt buat..diorang akan cari cara lain untuk buktikan yang anak die boleh buat tuh, boleh buat ni..

aku ingat lagi...Cikgu Norma..
guru kelas aku mase darjah tiga..
mase darjah tiga..aku memang selalu xdatang, selalu bagi alasan macam2..
kadang2 alasan xmasuk akal pun ade..
itulah...pengaruh kawan2..
satu hari tu, aku rase mungkin die dah marah sangat..
die bagi penampar sebijik kat aku..
pergh...berdesing kot! dengan cincin die sume..memang Cikgu ni aku akan ingat sampai bila2..

sebab..
mase aku dapat result UPSR..
result aku dikire memuaskan la..3A2B..
Cikgu tu datang kat aku..
die tanye result ok ke tak semua..
then..die peluk aku..
aku xingt Cikgu cakap ape mase tu..
tapi cukup2 buat aku terharu..aku xsangka cikgu tu still ingat kat aku..datang peluk aku..bgi kata2 semangat..

Cikgu Norma..
SK Pendamaran Jaya..

tengok gamba sekolah..rinduuu..hoho..
sekolah aku memang dekat sangat dgan rumah Acik..Acik ni kire aku anggap mak angkat aku..yg jaga aku dulu..selalu sangat mak aku hanta pergi rumah acik..hoho..jalan kaki sikit sampai la rumah die..hehe..
bile aku rase xnak pegi sekolah, aku duk rumah acik..then cakap aku sakit perut..
pergh teruk perangai aku dulu..haha..

and lastly..
Aku harap Cikgu panjang umur..sihat sentiasa..Cikgu ade lagi ke tak ea kat sekolah tu? aku nak jumpe die la..hmm..
setiap kali cakap pasal cikgu..aku akan ingat Cikgu Norma..
(harap2 betul la name cikgu tu, takut salah je.. tapi seingat aku..tula nme cikgu tu..)

Kesimpulannya, 
aku memang selalu sangat kene marah..
tau ape kebaikan banyak kene marah?

kau akan jadi TAHAN MAKI..
hahaha..
so, sabar la banyak2.. hihi..

dah, caw!

BONUS :

ESCAPE PLAN :
Precious cute little fluffy cotton candy~~
(Black and White Cotton Candy)

that's right! don't give up!
hahaha




Monday, May 11, 2015

Hangul..


hi..
new entry..
hmm..Hangul? aku xtau banyak pun..
yang aku tau, huruf2 die je..
buat ayat semua aku xtau..gabung kan huruf jadi sesuatu yang ade bunyi, aku tau la sikit..eja pun aku xtau sangat..
ni la contoh2 nya..huruf2 yang ade..
senang tau kenal huruf...tapi buat ayat...pergh..너무 힘들어!
payah...


Tapi! aku suka mengambil kesempatan atas pengetahuan aku yang xseberapa ni..
hoho..
aku selalu on Wechat.. and sometimes mesti ade nmpk macam essay bahase korea gitu..

tapi..aku xpernah post2 bende yg mngutuk orang lain ke hape ke..
because i am a one type of person that..
bile aku post sesuatu yg buruk pasal orang lain, eventhough aku xsbut nme die..
yela, marah memang marah.. tapi beberapa hari selepas tuh, marah reda..

rase bersalah pulak sebab post bnde tu..
takut ade orang terasa ke ape..
then aku padam balik post tuh..

bende ni pon penah jadi kat aku bile ade org tak puas hati kat kite.. die bukan post kutuk2 pon..tapi bunyi nye jelas mcm ade bnde xkene..
sedangkan kite xtau kite salah ape..

rase xadil x? kite x bagi statement ape2, tapi bile org tengok post si polan tu..
kau igt diorang akan fikir ape?
tak adil kan?!
aku terlalu sedih mase tu..
sampai aku menangis
macam mati laki..hahaha..
bnde dah lepas, aku dah redhakan..
bukan nak ungkit cuma..
we can forgive, but we might not forget..

so, aku fikir xgune la nak post2 tunjuk kat orang perasaan xpuas hati kite..
kalau ade orang terasa, lagi parah nak pulihkan keadaan balik..
Sebab melibatkan perasaan..
manusia ade perasaan..
lain la kalau haiwan..kau buat ape pon bukan diorang balas kau balik..
tapi balasan nye, nnti Allah bayarkan kat kau.. ;)

Ok back to the point!
So, aku tulis essay bahase korea pasal ape??
hehe..pasal personal la.. 


ade tau kawan aku yang faham..
hehe





bahaha..memang tulisan korea..tapi bahasa melayu ye..and typo pon banyak..
p/s : aku terpakse blurkan sebab..pasti ade org yg faham..takuut..
hahah..

dah, caw!

BONUS :
tenangkan hati sikit.. jangan marah2.. :)


Tuesday, May 05, 2015

Institut Profesional Baitulmal



Ok..nak cerita ape ea..hmm..
Aku nak cerita santai2 je..
taknak formal sangat..
Ok..untuk pengetahuan, aku dah Semester 4 nak masuk Semester 5, dalam Diploma Sains Komputer..
Di Institut Profesional Baitulmal..

Dari mana aku tau tentang IPB ni?
- Daripada Twitter..
tengah scroll2 twitter, tiba2 ternampak Hamba Allah ni punya tweet..mungkin takdir, aku tertarik la..then tengok qualification untuk apply course2 kat IPB ni..tengok2..hmm..ok..aku punye spm result xde la havoc sangat..tapi still bersyukur la..aku jumpe tweet Hamba Allah tu betul2 lepas aku gagal untuk dapat masuk U yg aku apply kat UPU..mungkin cita2 aku terlalu tinggi.. xD 
SPM result aku warna-warni sangat.. 
1A4A-1B2C1D
mungkin sbb tu jgak aku xdpat UPU..
tapi takpe..peluang kat bumi Allah ni banyakk lagi..tula takdir aku jumpa IPB ni..
aku apply untuk masuk Diploma Sains Komputer..
Beberapa hari kemudian..
keterujaan terserlah bila dapat keputusan diterima masuk..

Sejujurnya, aku xrela sebenarnya..
mungkin sebab aku xtau ape la tempat IPB ni..aku memang tak pernah dengar pasal IPB..Hari yang aku daftar masuk tuh, dalam hati aku, "xpe xlame aku kat sini aku nak klua drpd sini"
 *ini semua bisikan syaitan ye..jangn ikut..*
niat aku sebenanye xnak belajar kat situ and bertekad nak cari tempat blaja lain supaya aku boleh pindah drpd IPB.. 

Macam tula xrelanya aku..hihi..malu pulak bile fikir balik.. ^_^ 
jangan ikut ye..

Now, I'm good!
bak kete omputih,
if you can't avoid it, enjoy it!

Ok..aku pun pernah tengok and baca blog Kak Zue(my senior).. die banyak post pasal kehidupan sebagai seorang student sains komputer..hihi..
the link of her blog.. hmm.. i couldn't find it anywhere now.. i'll ask anyone later and put it in here..

Asrama.. Alhamdulillah, sampai sem 5 aku masih duduk di asrama..
konsep die senang je, kumpul Merit banyak2, InsyaAllah dapat asrama setiap sem..
peluang terbaik ialah.. Kempen Derma Darah..Setiap sem mesti ada Kempen derma darah..boleh dapat 10 merit..
banyak tau 10 merit tu..join satu aktiviti dapat 2-3 merit je..

and.. biasela..setiap kolej/university mesti ade kelebihan & kekurangan..yela, bukan semuanya perfect kat dunia ni..

basically..
Masuk2 je.. Sem 1 ataupun Pra diploma, biaselah, mesti ada orientasi..
*menyengih bile ingat balik*
best sangat..hehe..
Throwback :
Bangun pagi solat subuh berjemaah,
senam sikit..then aerobik, ade lebih dari tiga aerobik time tu.. (aerobik ke senaman?)
ade lagu Waka Waka-Shakira, Pudar-Rossa, Bila Mama Pakai Celana, and lagi satu lagu Indonesia tu..Senaman Si Tommy katanya..
semuanya aku suke! bestnye bile ingat balik..
Senior2 yang handle orientasi tu..Kak Zue pun jadi faci jugak.. aku pernah tanye kat die mase orientasi.. "kak, susah tak Sains Komputer? " hehe..
sekarang senior tu almost sume dah xde..sebab sekarang kita pulak jadi senior..
Ingat lagi ade satu masa, kitorang duk dalam dewan.. faci xtau nak buat aktiviti ape..last last.. kitorang main game je berjam-jam..haha..tapi.. best!

then akan ada HBU! Kawat!
kalau aku, aku sukaaa sangat kawat..
bukan sebab komander..
komander tu senior jugak..daripada kelab wataniah..wooo..hehe..
aku suke kawat sebab daripada form 2 sampai 5 aku masuk kawat sekolah..aku pernah sekejap conduct kawat mase form 5.. end up memalukan diri sendiri..aku dah suruh diorang jalan, aku pegi bersembang ngan member barisan belakang..tersadung batu besaq bakk hangg..jatuh.. sakit + malu sebab kene gelak ngan junior..hahaha..
mase form 2 kene kawat mase panas terik sampai bawah mata aku merahh..nak cuci muke, pedihh gile muka.. sebab kene jemur bawah mata hari tegak atas kepala..huhu..
tutup throwback..

that's it..
Kalau nak tau banyak lagi pasal IPB,
Boleh tengok2 kat sini ye :

Homepage IPB :

Permohonan Online :
Antara aktiviti2 IPB :

Malam Cinta Rasul 


antara banyak2 aktiviti kat IPB, nilah aktiviti yang paling aku nanti2kan setiap Tahun/Sem..Malam Cinta Rasul..xsure ade setiap tahun ke, setiap sem..sebab baru 2 kali diadakan...rasenye setiap tahun.. :)

Eid Mubarak

Ini majlis hari raya..ingat lagi mse tu sem 1.. teruja sangat..sebab meriah..aku ni jenis org yang suke enjoy aktiviti ape yang ade..yela..bende tuh sume untuk kenangan..kite kene enjoy supaya kenangan tu jadi manis...kalau xenjoy, kite cume dapat ingat majlis je..buat ape haritu pon xigt..
TAPI.. ikut mood ar..ade aktiviti yang aku rela pergi and ade yg aku memberontak xnak pergi..hahah..

gamba xde..tapi ade satu je gamba yang ade kat aku ni..hehe..
gamba Selfie..ok..fake sangat muka..hihi..
ini Farhana Miswan..classmate & roomate..
gamba selebihnya mungkin ada kat Aida kot..

Hari Pelanggan IPB

ini aktiviti yg kitorang participate, kitorang tolong2 je lecturer kelas komputer..


kitorang jugak yg buat bookmark..
cik Ummu yang pakar photoshop yang buat graphicnye..
aku bagi idea je..hehe..
tukang laminate, potong2, iman, aida, fana, ummu, junior 2 org..dan lain2..
aku xtau sangt sbb aku xde time tu..hasilnye nmpak memuaskan! :D

p/s : aku cume post gambar2 booth Sekolah Komputer.. Sekolah-sekolah lain ade jugak tapi aku xde gambar.. :)

and so on..

klau nak involve dlm byak aktiviti, boleh masuk kelab kembara.. diorang selalu buat trip pergi macam2 tempat..aku dah beberapa sem masuk kelab kembara..ada satu trip aku join..mse sem 3..

Kem Al-Azzhar,Banting.. 
5 Sept 2014 - 7 September 2014


gamba xcantik..
sbb aku pun ade sikit je gamba..

aku admit yg aku xbyak cakap kat kem tuh..susah la nak bergaul dgan orang yg kite xkenal dalam masa yang singkat..Aida xpe..die peramah..aku tak..
but I enjoy it as much as they did..
boleh kate antara kem yang best yg pernah aku pegi.. hihi.. aku suke mase game..sume aktiviti best..
name kumpulan ; happening.. 
nasib aku satu group ngan Aida..ade jgak org yg aku kenal.. klau x.. awkward la sepanjang mase..hihi..but this group is better than other groups..
and aku ade buat pengakuan berani mati kat Instagram..hoho..

aktiviti kat ipb memang banyak...cuma aku je ketandusan idea nak sambung..
klau ade mase aku sambung lagi..mungkin kat entry seterusnya..
ataupun boleh go through homepage IPB (as stated above)..
for now, Goodnight..

-Thank You-

Friday, May 01, 2015

NoVeL TiMe..



Aku ade addiction dgan novel..Setiap kali klua mesti aku nak masuk kedai buku and cari Novel..tempat yg ade kedai buku mesti aku masuk..haha..Kinokuniya(KLCC), Popular(Ampang Point), MPH (AEON Maluri), and so on..Some of it, aku xingat aku beli kat mane..tarikh ape sume xde..

[UPDATE 10 July 2015]
These days aku suka sangat tengok drama adaptasi novel..Filem adaptasi novel pun aku suke jugak..hehe..knape eh? sblum ni aku xsuke tgok cite jiwang2 nih...musim berubah agak nye..antara drama & filem adaptasi yg aku suka..
org lain mungkin bace novel dulu then tengok drama/filem..OR vice versa..tapi aku tengok drama/filem sambil baca novelnye.. sape same cam ite, angkat kakiii~~ hehe..

So, 

Senarai novel yang ada dalam simpanan aku :

[Update 15 Nov 2015]

(FAJAR PAKEER) Kau, Aku, Kita - Orkid Edyliyne..
Novel ni dah pun diadaptasi ke drama kat TV3, pkul 9 smpai 10..
drama Kau Aku Kita ada 13 episode... last episode drama ni, 10 DEC 2015 (Khamis)..
Pelakon die, Syarul Ridzwan and Janna Nick..
Lagu Tema : Kau Bagai Udara - Bahrain & Sayang! Aku Rindu - Bahrain 
Aku tak pernah tengok Syarul Ridzwan punye lakonan sebelum ni.. Tapi aku penah juga tengok Janna Nick kat drama Jodoh..
tapi aku suke la tgok diorang dua dalam drama ni.. sesuai~ kihkih..
and drama ni trending setiap episode kat twitter, so far..
Drama ni ada banyak scene yang sepatutnya ade kat novel tapi xde kat drama.. and vice versa..
Ku Wafa.. spatutnya xde.. tu pun dimention sekali oleh daddy Aus.. Maybe nak pnjangkan drama kot.. sebab aku rasa novel ni simple and pendek je tapi still best~ 
xde la suprising sgt episode drama ni sikit je.. sbb buku pun xde la tebal mane~
and drama ni xde skinship.. which means sangat lain drpd novel.. melalui somewhere aku bace, scene yang Aus angkat Iman daripada bilik air ke katil tu sebenarnya Syarul Ridzwan angkat juru solek lelaki.. Scene tu memang dikaburkan and xnmpak muke diorang pun kan? So Jemah-jemah, jangan banyok kecek deh..
and..
ehm.. Syarul Ridzwan ni...... ehm.. hensem kan? huk huk huk..
gelenya nyo mung nih...

Hopefully JS Picture buat Kau Aku Kita raya~


(KARYA SENI) Suami Aku Ustaz - Hannah Dhaniyah
Novel ni dah pun diadaptasi ke filem..
Pelakon nye, Nora Danish and Adi Putra...
Aku actually suka gandingan Adi Putra and Nora Danish.. tapi bnyak drama & filem diorang yang ade skinship yang boleh tahan intense.. yang bile tengok rase kene sorokkan anak-anak dalam bilik..kihkih..
Ok..filem ni ok sikit.. Banyak moral values yg cuba ditonjolkan.. jgan sekadar tengok romantiknye aje..tengok pengajarannya.. 
Ustaz tu cool je..haha..lawak pun ade.. Nora bgi 4 bintaaaaang!! 




(FAJAR PAKEER) Dia... Isteri Luar Biasa - Umie Nadzimah..
Novel ni dah pun diadaptasi ke drama kat TV3..
Pelakonnye Syukri Yahya and Fathia..
Ok..cerita ni bagi aku best..tapi mmg banyak salahnye kat situ...mmg nak menggambarkan hubungan suami isteri..tapi yg blakon tu bukan suami isteri...Novel memang best..tapi it's depends on our own imagination..and that imagination was brought into a drama that involved non married couple..getting a little too much 'touchy' than it was supposed to..
So.. it's soooo WRONG..


(FAJAR PAKEER) Tuan Rumah Pembantu Rumah - Orkid Edyliyne
Novel ni dah pun diadaptasi ke drama kat TV3..
Pelakon, Nad Zainal and Zoey Rahman..
xboleh nak kasi review.. sbb aku pun xtengok lagi drama ni~ hihi..



(BUKU PRIMA) Suamiku Encik Sotong - Syikin Zainal
Novel ni dah pun diadaptasi ke drama kat Astro..
Pelakon, Sharnaaz Ahmad and Amyra Rosli..
nampak tak gambar tu? terserlah kesotongan tu~ hihhi..
Cerita ni, hangpa judge la ikut opinion hangpa..


(KAKI NOVEL) M.A.I.D - Suri Ryana
Novel ni dah pun diadaptasi ke drama kat Astro..
Pelakon, Ayda Jebat and Zul Ariffin..
Drama ni best jugak.. 
aku suke gandingan Ayda Jebat ngan Zul Ariffin..
Cerita ni ade sweetnye, ade kelakarnya..and so on.. by ep 15 diorang dah confess their love to each other..aku suke tgok diorang bergaduh sume...and it's funny too.. tapi bila smpai part jiwang...
NO COMMENT.. :8) 
aku nak cerita pun, aku dah ingat-ingat lupa cerita die.. hangpa tengok sendiri la na~
Telemovie raya ade... tajuk die 'MAID Pun Nak Raya' ..


(KARYA SENI) Love You Mr. Arrogant - Aliesha Kirana
Novel ni dah pun diadaptasi ke drama kat TV3..
Pelakon nya.. Azlee Khairi and Zara Zya..
Ok.. dulu kan drama ni meletop-letop kat tv.. org kata best la, ape la~
mase tu aku xnak tengok.. ego la katekan.. 
sekarang, bile aku dah tengok.. aku pun terjebak jugak.. tapi memang drama ni best..
Novel ni ade sambungan kan? 'Miss You, Mr. Arrogant' ..
aku memang suke bace novel and tgok drama yang hero or heroin die ade prangai yang unik..
and suprisingly Mr. Arrogant ni memang tetap pendirian and xnak ubah perangai die..hihi..
sedangkan aku tgok Azlee Khairi kat Meletop nmpak loklaq gilaa.. haha.. jenis yang suke loyar buruk.. then aku ingtkan telemovie raya, Mr. Arrogant berubah sikit prangai.. rupa-rupanyaa.. 
masih sama.. Ok jugak.. sebab klau jiwang sangat, aku pun gelii~ 



(KARYA SENI) Eksperimen Cinta - Anjell
Novel ni dah pun diadaptasi ke drama kat TV3..
Pelakon, Izreen Azmida and Fahrin Ahmad..
Drama ni aku baru je tengok, and tak habis lagi.. nnt dah habis aku bgi review..




(PTS LITERA UTAMA) Saranghaeyo, Arumi! - Rose Harissa
Novel ni xdela diadaptasi ke drama, tapi novel ni sepatutnya ada sambungan..
'Mianhaeyo, Arumi!' tajuk die..yang still aku tunggu la bila sambungan dia nak klua..
Mianhaeyo means I'm Sorry.. 
best jugak la novel ni~ 

(ALAF 21) Tiada Khatimah Cinta - Salina Ibrahim

(BUKU PRIMA) Kata Tak Rindu - Siti Nur Dhuha


(ALAF 21) Awak Pengantin Saya! - Ainul Hazral


(SR PUBLICATION) Kerana Kau Bidadari - Azri Misti
Aku beli novel ni sebab Bulu Bulu Kehidupan kat twitter..
aku belum baca.. hmm
we'll see..


(FAJAR PAKEER) Musuhku Suamiku - Zuera Rasiddin

(FAJAR PAKEER) Suamiku Pemalu - Qistina Alya

(FAJAR PAKEER) Kerana Dia Suamiku - Cahaya Ainn

(ALAF 21) Sayang Awak Sayang - Murni Aqila

(ALAF 21) Dinda Cinta Kanda - Nur Insyirah

(ALAF 21) Gila Tak Rindu - Murni Aqila


(FAJAR PAKEER) Dalam Hati Ada Dia? - Illa Shanahila

(ALAF 21) Cinta 2u dot My - Weeda Airiza

(ALAF 21) Operasi Bulan Madu - Aini Marisha

(ALAF 21) Saat Kau Kata Cinta - Anis Ayuni





(JEMARI SENI) aA+bB - Hlovate


(ALAF 21) Abah, Adik Nak Kahwin! - Aireen Erina
P/S : Ayah, adik belum nak kahwin lagi! kihkih..



(KAKI NOVEL) Hero Aku Tomboy - Arisa Eriza 


(KARYA SENI) Suamiku Paling Sweet - Anjell

(KARYA SENI) Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada

(KARYA SENI) Kahwin Ganti - Aifa Batrisya


(KARYA SENI) Cintaku Tertinggal di Korea - Ania Malna

(BUKU PRIMA) Dulu Benci, Sekarang Suka - Rose Eliza



(BUKU PRIMA) Aduhai, Mat Skema! - Levis Delisya

(BUKU PRIMA) Cerita Satu Malam - Zaifuzaman Ahmad

that's all, caw!