Thursday, February 04, 2016

#throwback @ Dalkomm Coffee cafe~



27 January 2016..
baru je balik drpd IPB.. baju pun xtuka lagi..
then, minachi @shikin.jasri datang ckap psal nak mkan bingsu~ aku pulak mengeluarkan satu perkataan,"jom".. hahahaha.. jadila~ dpt makan lpas tu berbincang hal dunia.. cerita memang xkan pernah habis~ never! hahahah.. kongsi satu bingsu and borak~

nak tunjuk jgak siapa duta Dalkomm Coffee cafe ni~ Kwangsoo, Kwangsoo, Lee Kwangsoo~

bingsu tu nme die, choco lava~ mmg sedap...
mahal jugak..almost RM30 tapi besar magkuk tu mmang mnyuruh kau supaya makan berjemaah~
hmm.. sambil dengar lagu kat kafe tu~ otak dan hati aku sangat gembira~ kihkih..then sebelum balik beli my favourite, a cup of latte~ ade kekofiusan tadi then diselesaikan dengan some sugars~ kihkih.. btw, haritu pergi mid valley niat nak tengok Star Wars tapi xjadi then tgok The Boy.. best jugak movie tu, tapi tak cukup thrill~ terkejut2 pun ade.. hahaha.. sblum tgok movie makan kat #teppanyaki ... mse tu pun borakkkk banyakkk.. hahaha.. xde pulak gamba si minachi ni..tak amik tadi~ so till then, caw~


3 February 2016..
Seoul Garden @ Setapak Central..
plan yang dibuat mase pergi tengok dilwale haritu telah dilaksanakan hari ni~
Sesi mengembangkan pipi #amymienott kembali! hahahah..
pergi makan ni bukan sebab putus cinta ke, hape ke~ di capslock, BUKAN! ahahah..biarkan la mereka berbahagia~ biar hati panas, jangan perut lapar..ceyh peribahasa baru~ hahaha..harap maklum gambar makanan dicapture sebelum makan je, tu yang nmpak ayam mentah kat atas grill.. kitorang dah terlalu lapar~ makan je trus..kihkih..memang cun la dpt makan mcm2 kat situ..sekali dapat lepaskan rindu lidah aku kepada kimchi~ lululala~~





 mcm2 ade kat situ..ayam marinated dengan mcm2 perasa..perasa kopi pun ade! first time rase~ ice cream, cendol ke hape tadi aku tengok ade jugak, sushi, steamboat~ kitorang amik makanan, mmg banyak.. tapi semua makanan tu cukup untuk kitorang dua~ makan bnyak mane yang hangpa nak, makan laaa.. tapi klau ade leftovers, kene bayar RM8 untuk setiap 100 gram.. good~ jgan tamak ye~
kitorang gune student card, untuk lunch..so dlm RM33++ per head lah~

selfie tu, dah bosan asik buat pose same, asik senyum senget2 kpale, kali ni try muke marah lak,smpai kembang2 hidong..kihkih.. dah ar, caw.

BONUS :

Percubaan aku mnjadi seorang "rapper"..
Sedangkan aku mencuba menepis sisa-sisa makanan kat tudung~ kihkihkih..
ups, tertangkap~

Wednesday, November 11, 2015

DRAMA MELAYU??

OK.. 
harini aku rse mcm nak cerita pasal drama2 and filem2 melayu yang aku sukeeeee sgt dulu..
byak tau sebenanye  drama yang aku suke tengok..

mse aku kecik dulu, 
zaman2 UPSR (2007) aku suke tengok sinetron Bawang Putih Bawang Merah kat tv3..wlaupon cite tu panjang and mengarut banyakk... aku balik sekolah mesti x miss punyela..haha.. 
and yang paling aku ingat scene yang bapak die dah mati katenye... 
lepas tu hidup balik!! lpas tu siap ade kembar pulak... and diorang berdua bergaduh dpan bwang putih nak mengaku diorang tu bapak bawang putih.. yang tula yang paling aku ingt.. sebab memang merepek! 
pelakon die, Nia Ramadhani, Revalina S. Temat, and Dimaz Andrean..
bukan aku hardcore sgt smpai ingt nme pelakon die.. aku Google~ 
yehett~ 

lpas tu mse zaman PMR (2010) i'm not into Kpop yet.. but i remember that i totally hooked up into watching sinetron Tawakal kat astro Aruna~ dulu adela astro aruna.. sekarang xde da~ hihi.. die cerita pasal hmm.. biasela sinetron.. dirang kawin atas dasar cinta then mak bapak tak suke, buat fitnah kat isterinya, then kene halau dari rumah, bla, bla, bla.....
tapi sme mcm UPSR dulu, aku klau boleh xnak miss, mesti nak tengok..hoho..

then, zaman2 SPM (2012)... hahaha.. well, Kpop la yang aku suke tengok... xabis-abis ngan Kpop.. mse tu aku suke tengok Mblaq pnye variety show~

tula mse exam2 penting adeeee je yang aku tengok and taknak lepas.. belaja pun ala kadar je..hahah.. 

Selain drpd tu, aku suke tgok drama Melayu jugak.. mse tu mmg aku rse cite2 best sgt~ hahha..

Antaranya ialah ;

DRAMA :

[2007] Manjalara (Jehan Miskin & Emelda Rosmila)
[2007] Emil Emilda (Aaron Aziz & Sharifah Amani)
[2008] Sindarela (Remy Ishak & Sharifah Amani)
[2009] Cinta Balqis (Zamarul Hisham & Eira Syazira)
[2009] Julia Juli (Misha Omar & Dynaz Mokhtar & Sayiddah)
[2010] Tari Tirana (Ammar Alfian & Wan Sharmila)
[2010] AdaMaya (Sein Ruffedge & Lisa Surihani)
[2010] Chinta (Adi Putra & Fasha Sandha)

TELEMOVIE/FILEM :

[1981Bukit Kepong
[2002] Mami Jarum
[2003] Mami Jarum Junior
[2004] Pontianak Harum Sundal Malam
[2005] Anak Mami Kembali
[2005] Sutun
[2008] Duyung
[?] Aisah Lima Pulu Sen

and so on la.. tu je yang aku ingt.. yg aku senaraikan ni yang lme2.. bukan yang latest..
yang latest pun aku suke tengok.. hang p cari sendiri la..

EXTRA :
Aku rse nak tengok tau drama Tuan Anas Mikael.. Tapi yela baru dua episode..
Menyesal aku tgok drama adaptasi Kau, Aku Kita.. sebab org jenis aku ni bile nak tgok, aku kene tngok smpai habis.. masalahnye drama tu skrang baru smpai episode 4.. and malam ni, episode 5.. aku taknak tunggu2.. stresssss!! 
hahhaha..

mcm drama Love You Mr. Arrogant.. beberapa hari lepas baru aku tgok.. sedangkan cerita tu dari taun lepas lagi habis.. hehhehe.. 
then baru teruja nak cite pasal drama tu kat member..
weyh der, dah basi der.. 

So, Tuan Anas Mikael tu... nanti2 la aku tgok..hihi..

Drama Kau, Aku Kita bagi aku best.. xtau la bgi org lain..
and setiap episode trending kat twitter..
dulu aku fikir boleh ke novel tu diadaptasi ke drama, sebab novel tu best tapi biase2 je..
xde konflik sgt.. tpi bile tengok drama ni, hmm..
bgus sbb diorang xde skinship yang banyak sedangkan dalam novel memang.....
huhu..nak tau? baca sendiri..haha..
and drama ni die bawak haluan tersendiri tapi still ikut jalan cerita novel..
yela, xboleh la ikut sbijik2 macam drama Dia..Isteri Luar Biasa ...yg tu mmg ikut betul novel..
tu yang skinship terlebih-lebih..mmg romantik tapi xsesuai la klau bdak2 tgok..Aku pun bleh tahan suke jgak tgok drama tu~ kihkihkih..

tu je, caw..

BONUS :

Sape pena tgok kartun Mirmo Zibang? aku pena jugak tengok.. tapi tak ingt bile..
tpi ble tgok teringt la jugak.. Mirumo de Pon!
kihkih..
nah aku bagi recall sikit.. tu pun klau hang pena tengok la ek..


ni lagi satu.. all time favourite.. Doraemon!
lagu versi melayu ke indonesia..xpe..same je..kita serumpun~


LIRIK :

Bulatan, titik
Bulatan, titik
Belon kecil bertali dan 
BULATAN BESAAAAARRRR~
Bulatan besar.
Enam kiri kanan
Sifar di tengah

Tarik kiriiiiiii~
Tarik kanaaaaan~
Turun ke bawah
Dua piring dilukis biar seragam
Piring besar ditengah ada roti pita
Pita yang lebih besar ada di atas
Tambah garis jadilah
DORAEMON~~~~

Aku suke jugak lagi satu kartun tu... mcm ni bunyi lagu die.. ehm ehm..

Who lives in a pineapple under the sea??.....














Tuesday, November 10, 2015

HI..

Lame xupdate blog..
and aku pun xtau nak update ape..
and bile mood nak update smpai, aku update la ek..

-AMYMIENOTT-

Sunday, September 13, 2015

Kisah Mat Rempit Mati Hidup Semula...SUBHANALLAH!

Assalamualaikum....


Baru-baru ni saya ada membeli Majalah Mastika keluaran yang terbaru 2013....Saya sangat-sangat tergerak hati untuk berkongsi Kisah yang bertajuk "Azab Seksaan Kubur Untuk Mat Rempit"....Nak taip sebiji-biji memang panjang...Jadi, saya kongsikan Sinopsis nya sahaja ye....


Saya maklum, pasti ramai yang dah tau tentang Kisah Benar ni, saya je kut yang baru terbaca cerita penuhnya dalam Majalah Mastika yang saya beli baru-baru ni....


Insan Terpilih tersebut bernama Dawawi dari Perak yang ceritanya berlaku sekitar tahun 80-an dahulu...Diringkaskan cerita, Dawawi telah ditakdirkan Allah dengan pengesahan Hospital bahawa beliau telah meninggal dunia dengan asbab merempit....


Setelah dikebumikan selama 3 hari di dalam Kubur, setiap malam dalam 3 hari itu....Ibunya telah bermimpi anaknya Dawawi masih hidup dan merayu kepada Ibunya untuk digali semula kuburnya....Mungkin malam yang pertama bermimpi, Ibunya menganggap bahawa ia sekadar mainan tidur....


Setelah Tiga hari berturut-turut bermimpi yang sama, Ibunya menangis dan berkeras meminta Abg Arwah supaya mendapatkan Surat Perintah daripada Pihak Berkuasa untuk digali semula Kubur anaknya itu....Setelah segala urusan surat menyurat selesai dan setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa, maka tibalah hari yang penuh mendebarkan kepada seluruh orang kampung bagi menyaksikan urusan penggalian semula kubur"Arwah Dawawi"....


Semua yang berkenaan telah bersiap sedia di tepian kubur yang hendak digali, kiri kanan penuh dengan Polis, Doktor dan sebagainya....


Setelah penggalian bermula, tanah mula disodok sedikit demi sedikit....Dengan penuh mencemaskan....Masya-Allah....Astaghfirullah!...Sesungguhnya apa yang dijanji oleh Allah adalah benar....!


Mayat baru sahaja 3 hari, tetapi kain kapan yang membalut jenazah telah koyak rabak seperti dicarik-carik serta tubuh Dawawi dipenuhi kesan luka torehan...Luka bergarisan memanjang. bagai kesan dilibas sesuatu yang amat tajam dan lukanya dalam hingga nampak daging, namun tidak berdarah....


Dalam keadaan yang amat cemas tu....ada suara yang mengatakan Dawawi masih hidup lagi!....Itulah suara Doktor yang telah bersiap sedia di tepian kubur bagi menanti sebarang kemungkinan.....


Tanpa berlengah, Dawawi di bawa ke Hospital, 6 bulan Dawawi koma...Sebaik sedar, air matanya terus berjuraian....Matanya sentiasa berkaca......Rakan baik nya yang bernama Mus yang masih terkejut Dawawi yang "Hidup Semula" bertambah bimbang dengan kelakuan Dawawi yang banyak berdiam diri selepas kejadian tersebut.....Bagi Mus, Dawawi bertambah pelik kerana dia banyak termenung dan menangis serta selalu mendekatkan diri untuk belajar agama...(Sebelum ni merempit sahaja)..Dawawi yang dulunya jahat sudah bertukar menjadi baik....


Setelah setahun berlalu, Dawawi bersedia untuk bercerita tentang segala apa yang telah berlaku ke atas dirinya....Mus adalah antara salah seorang yang mendengar cerita Dawawi...


"Jika korang rasa apa yang aku telah rasa sewaktu 'di sana' dulu, sungguh korang takkan melakukan perkara yang mendatangkan dosa dalam hidup!"....Dawawi memulakan ceritanya....


Sewaktu Imam habis membaca Talkin di kuburnya dan  semua telah beredar meninggalkan kubur....Dawawi mengatakan bunyi tapak kaki kamu semua yang meniggalkan kuburnya berdentum dan bergema sangat kuat sebanyak 7 kali bagaikan halilintar yang membelah bumi....Waktu tu Dawawi menutup kedua-dua belah telinganya....


Setelah bunyi tersebut menyepi...Bunyi Sretttttttttt!........Sretttttttttt!...Seakan rantai besi yang diseret di atas lantai bergema...Dirinya betul-betul ketakutan waktu tu....Tiba-tiba dari hadapannya, 2 orang lelaki yang memakai serban dan berjubah putih, dengan membawa rantai besi sebesar lengan, besi itu sangat panjang sehinggakan penghujungnya tidak kelihatan...! Subhanallah....(Sayu hati saya membaca kisahnya)....


Dengan semua soalan yang telah "Bocor"sewaktu hidup di dunia ditanya kepada Dawawi, "MA RABBUKA!", "MA NABIYYUKA!", "MA DINNIKA", "MA KIBLATUKA!", "MA IMMAMUKA!", "MA IKHWANUKA!"....Dawawi mengatakan tiada 1 pun soalan yang boleh dijawab olehnya....Beliau faham dengan soalan tersebut walaupun beliau tidak pernah tahu bahasa arab!.....


Dawawi dilibas dengan rantai besi tersebut sehinggalah apabila libasan berlaku, rantai besi tersebut terus melilit seluruh anggotanya...Subhanallah..!


Beliau menjerit dan berkata : "Tolong aku Ya Allah, Aku bertaubat! Ampunkanlah dosa aku!.... Hanya itu sahaja ratapannya waktu tu....Sehabis sahaja soalan tu, beliau tersedar bahawa beliau telah hanyut di dalam sungai...Dalam keadaan tidak bermaya, sekali lagi beliau mendengar bunyi seretan rantai besi sebesar lengan yang telah melibasnya sebentar tadi....


Hamba Allah yang berjubah tadi....Bertanya lagi : "MA RABBUKA!"....Masih tidak boleh dijawap oleh Dawawi, maka dilibasnya lagi besi tersebut ke tubuh Dawawi...Setelah libasan tersebut, pandangannya gelap gelita, apabila sedar Dawawi mengatakan bahawa beliau telah terlantar di wad Hospital.....Subhanallah...!


Mus dan rakannya yang mendengar segala kisah Dawawi turut sama menangis bersama Dawawi....


Allah memberi peluang untuk Dawawi "Hidup Semula" sebagai peringatan dan tanda kesayangan Allah kepada Dawawi dan keseluruh Hamba-hambaNya termasuk lah kita....


Dawawi hanya "Hidup Semula" selama 3 Tahun, dalam waktu tu beliau tidak pernah mensia-siakan atau membiarkan harinya terbuang tanpa diisi dengan amal ibadah.....Katanya : "Aku takut jika aku mati lagi, amal ibadahku tidak cukup untuk membantu aku di sana...." Subhanallah!


Dawawi "Kembali Semula" pada Allah dalam tidur selepas menunaikan solat malam ketika menunggu tiba waktu Subuh...Umurnya ketika"Meninggal Dunia" kali pertama adalah 19 Tahun, dan kali keduanya "Meninggal Dunia" 3 Tahun selepas itu....


Cerita ini teramat memberi kesan kepada saya dek kerana mengenangkan umur yang Allah Taala beri ketika ini tidak banyak saya rasa digunakan untuk menuju ke jalan Allah....Lepas solat akan terngiang-ngiangla cerita seksaan Dawawi ini di pandangan hati saya.....


Marilah bermuhasabah diri dan semak semula amalan kita untuk dibawa menghadap pada Allah ketika nyawa dicabut nanti....Allah tak pilih kita untuk merasai pengalaman yang dirasai Arwah Dawawi, tapi Allah pilih kita untuk tahu dan mengambil iktibar tentang Kisah Arwah Dawawi....


Moga-moga menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua serta dapat bertemu dengan Allah di Akhirat nanti dengan amal yang berkualiti....In Shaa Allah...

#copyandpaste


Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar? "
Jawab anaknya, "Macamana masuk neraka kena bayar?"
Jawab bapanya,
✅ Bukankah nak berjudi kena bayar?
✅ Bukankah nak minum arak kena bayar?
✅ Bukankah nak merokok kena bayar?
✅ Bukankah masuk pub kena bayar?
✅ Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?
Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma.  Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.
✅ Jika nak solat, kita tak perlu bayar
✅ Jika nak puasa, kita tak perlu bayar
✅ Jika beristighfar, kita tak perlu bayar
✅ Jika berzikir, kita tak perlu bayar
Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma.
〰〰〰〰〰〰
Wahai saudaraku!  Menyebarkan mesej ini juga percuma....  Tetapi jika ada yang mengamalkannya, kita pasti diganjari pahala berganda...
#dakwah sentap

Friday, August 28, 2015


Hukum Penggunaan Rokok Elektronik / Vapor
Alhamdulillah, dalam Irsyad Fatwa pada kali ini, kami seupaya mungkin cuba menekuni isu yang berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik dan vapor atau vape yang sekarang ini begitu berleluasa digunakan termasuk kalangan remaja perempuan dengan pelbagai alasan. Antara alasan paling popular adalah sebagai pengganti kepada rokok sebenar untuk ditinggalkan dan berhenti secara perlahan-lahan atau tadarruj. Alasan seperti ini seolah-olah menghalalkan cara dan penggunaan rokok elektronik dengan berleluasa. Justeru, Irsyad Fatwa pada kali ini merasa terpanggil untuk membincangkan isu dan hukum berkaitan dengan rokok elektronik ini.
Definisi Rokok Elektrik
Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masakini, rokok elektrik juga dikenali sebagai vape atau vapor.
Pendapat Pakar
Dinyatakan di sini beberapa pendapat pakar berkenaan dengan penggunaan rokok elektronik, antaranya :
  • Jumlah nicotine yang dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan tertulis dalam labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6–8 mg dalam setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16–18 mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi). Namun harus diketahui bahawa jika semua 60 mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional.
  • Saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal US Food and Drug Administration (USFDA) telah menguji 19 jenis e-rokok yang telah dikeluarkan oleh dua pengeluar (NJoy dan Smoking Everywhere). Mereka mendapati terdapat bahan ‘tobacco-specific nitrosamines’ (TSNAs), yang boleh menyebabkan kanser dalam kedua-dua jenama e-rokok itu. Malah kepekatan nikotin yang terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan nilai yang ditulis pada label. Terdapat sedikit nicotine dalam e-rokok yang dikatakan “nicotine-free”.
  • Pada September 2008, World Health Organization telah mengeluarkan kenyataan: “tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian nicotine. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian yang mendalam untuk menyokong dakwaan mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok” 
Hukum
Berdasarkan daripada kenyataan di atas dan juga nas yang dinyatakan maka kami berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah haram. Ini kerana seperti yang kami‘illahkan atau nyatakan sebab terhadap hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik ini bahkan kami nyatakan sekali lagi beberapa alasan antaranya:
  • Qiyas kepada rokok sebenar
  • Kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan berautoriti.
  • Pembaziran
  • Meniru budaya yang bukan Islam
  • Dilihat tidak bermaruah
Terdapatnya fatwa ulama’ yang menyokong tentang pengharaman rokok elektronik ini. Justeru, kami berpendapat seperti itu juga dengan alasan yang diberikan di atas. Untuk ulasan pengharaman, sila rujuk Bayan Linnas Siri-18.
Fatwa Ulama’
Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa. Justeru, hukumnya adalah haram.
Penutup
Dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong penghisap rokok berhenti daripada merokok. Justeru, ia menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan tobacco dan nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh memabukkan dan memberi mudarat kepada kesihatan manusia. Kami sepertimana isu merokok juga menyeru kepada khalayak umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau vapor berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas. Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah dan berikan kepada kita kesihatan yang baik. Amin.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

*i got this by email from 'Badan Ugama dan Kebajikan Mara'... :]